Friday, September 21, 2007

PPPRP4T MT07

Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Sin rendah tapi bijak
Menjadi teladan kepada semua



Pisang goreng dibeli Pak Rak
Tinggal sebiji di atas kuali
Chien tinggi lagi segak
Melaksanakan tugas dengan dedikasi

Tuang air ke dalam gelas
Hati-hati jangan pecah
Hui paling muda dalam kelas
Selalu mendapat perhatian pensyarah



Bekerja demi wang sahaja
Mahal benar seutas cincin
Yi sentiasa dengan bukunya
Menuntut ilmu dengan rajin


Pandu cermat untuk orang tersayang
Fkir dahulu sebelum bertindak
Ming suka menolong orang
Orangnya baik kawan pun banyak


Mencapai kejayaan dalam pasukan
Malaysia Boleh kita laungkan
Sen memang suka bersukan
Bola keranjang permainan kegemaran


Semakin Isu rasuah didebat
Semakin banyak kes dilaporkan
Chun pemain piano hebat
Muziknya dapat menenangkan perasaan


Bunganya putih dalam cerana
Dipetik dijual di dalam pekan
Ying pandai melukis dan mewarna
Selalu membantu dalam perhiasan



Ingin makan panggil abah
Lauk pauk sedap dimakan
Ling dikenali sebagai pensyarah
Orangya cerdik tiada tandigan



Dipanah semata Indera Kandus
Seekor dara dipohon keranji
Gan dikenali sebagai genius
Orangnya diam tapi berisi



Harban Dewa anaknya Zanggi
Manis rupanya elok bercahaya
Lang memang aktif tiap hari
Lantang lagi nyaring suaranya



Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Yieng dan Yung
kawan baik
Selalu ketawa entah apa



Hamba sentiasa menghadap patik
Untuk melaksanakan tugas rasmi
Lon cemerlang dalam akademik
Pelajar cemerlang gelaran sesuai



Cari lebah bersarang sederhana
Jangan tersengat racun berbisa
Ya dan Tze selalu bersama
Selalu membuat kerja bersama



Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Lin dan

Ping

sentiasa bersama
Ingin menjadi sahabat sejati



Ada

wang ada cincin
Tanpa wang semua tiada
Wat pelajar paling rajin
Menjadi teladan kepada semua



Pergi gimnasium agar tubuh sasa
Harap impian tidak berkubur
Ung penulis pantun biasa
Diharap saudara saudari terhibur



Mengundi tanggungjawab kita semua
Kita semua orang warak
Jika menyinggung hati sesiapa
Minta maaf berbanyak-banyak





Cencaluk budu tempoyak sambal
Dicicah ulam enak sekali
Bakal guru yang profesional
Semoga kejayaan kalian kecapi





Timothy

PPPRP4T MT07

No comments: