Friday, September 21, 2007

Sajak ‘Erti Sahabat’

Persahabatan…

apabila dua
insan bertemu,berkenalan dan bersahabat,

hubungan
persahabatan mula terjalin…

siapakah dia
sahabat?

ada orang
berkata orang yang baik kepada kita,itulah sahabat

fikirannya, ideologinya,dan
bicaranya seakan serupa dengan kita,

itukah yang
dinamakan sahabat?

apakah sahabat
itu sekadar teman bicara ketika suka,

tapi teman dusta
ketika kita berduka?

jalan-jalan
kehidupan yang kita lalui,penuh ranjau dan duri,

mencari teman
sejati sebagai tempat berlindung diri,

adakala sahabat
itu muncul sendiri dan tidak usah dicari lagi

tanpa kita
sedari dan dugai..

seolah-olah
Tuhan Yang Maha Mengetahui

mengerti dan
memahami hati ini

apabila sahabat
itu tidak sekadar berkata-kata manis

tapi mengotakan
kata-katanya

itulah erti
persahabatan yang sebenarnya…

kerana seorang
sahabat setia takkan menjadi musuh dalam selimut

yang menikam
dari belakang dan

cuba

memboikot kita

hendaklah kita
beringat selalu,kerana hati manusia tiada siapa yang tahu…




Nukilan hati,

Timothy

No comments: