Wednesday, December 31, 2008

Hari terakhir Tahun 2008

Hari terakhir Tahun 2008 tidak ada perkara-perkara yang luar biasa terjadi pada saya. Malah saya anggap ia sebagai hari biasa yang perlu saya tempuhi setiap hari. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana dengan kurnia Tuhan, saya masih dapat mengharungi hari-hari pada tahun 2008 yang penuh dengan liku. Walaupun terdapat memori yang manis dan pahit sepanjang tahun ini, saya telah dapat mengharunginya. Terdapat banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan melakukan perubahan yang sewajarnya supaya tahun 2009 nanti lebih bermakna bagi saya. Saya akan mengharungi ijazah sarjana muda penguruan tahun ke-3 di Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching mulai 5 Januari 2009. Saya bakal mengharungi praktikum selama 2 bulan yang saya sentiasa khuatiri. Walau bagaimanapun, saya berjanji akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang bakal saya tempuhi dan harungi nanti. Saya akan berfikiran lebih positif dalam Tahun 2009 nanti dan percaya saya boleh melakukan yang lebih baik.

Harapan Pada Tahun 2009
1. Menjadi dikbang yang mencintai Tuhan dan menjalankan kehidupan gereja yang normal.
2. Menjadi pelajar yang ranjin dan tidak buat kerja "last minute".
3. Membahagi masa dengan bijaksana.
4. Melakukan senaman setiap hari. (berlari mengelilingi pada IPBL selama 20-30 minit setiap petang)
5. Membelanja elaun yang diperoleh dengan jimat dan sewajarnya.
6. Menjaga kesihatan diri dengan menjamu makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman.
7. Melibatkan diri dalam Kejohanan Olahraga Tahunan dan melakukan yang terbaik.

Bergiranglah Selalu, Berdoalah Tidak Henti-Henti, Bersyukurlah Dalam Segala Hal.

1 comment:

Yiing said...

pandainya bm kamu ni